Asal-usul nama Amerika_Syarikat

Pada tahun 1507, ahli kartografi Jerman, Martin Waldseemüller menghasilkan sehelai peta dunia yang menamakan kawasan di Hemisfera Barat sebagai "America" sempena pengembara dan ahli kartografi Itali, Amerigo Vespucci.[13] Bekas jajahan-jajahan British ini mula-mula menggunakan nama “United States” dalam Perisytiharan Kemerdekaan, “unanimous Declaration of the thirteen united States of America” (Perisytiharan sebulat suara tiga belas Negeri Amerika bersatu) yang diterima oleh “Representatives of the united States of America” (Perwakilan Negeri-Negeri Amerika bersatu) pada 4 Julai 1776.[14] Pada 15 November 1777, Kongres Kebenuaan Kedua menerima Perkara-Perkara Pergabungan (Articles of Confederation) yang menyatakan, "The Stile of this Confederacy shall be 'The United States of America'" (Nama Pergabungan ini ialah ‘Negeri-Negeri Amerika Bersatu’.) Perjanjian Perancis-Amerika pada tahun 1778 memakai nama "United States of North America" (Negeri-Negeri Amerika Utara Bersatu), tetapi mulai 11 Julai 1778, "United States of America" dalam bil pertukaran negara, dan semenjak itulah menjadi nama rasmi negara ini.[15]

Rujukan

WikiPedia: Amerika_Syarikat http://adage.com/digital/article?article_id=116136 http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/616563/U... http://www.cbsnews.com/stories/2010/07/01/national... http://www.cheskin.com/view_news.php?id=2 http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.dinsdoc.com/butler-1.htm http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830